Soal Selidik Kebiadaban Berbahasa Dalam ‘SMS’ Dalam Kalangan Mahasiswa UKM

Analisis Soal Selidik

 Berikut merupakan soal selidik yang telah dijalankan kepada 10 orang responden yang bertajuk “Kebiadaban Berbahasa dalam ‘SMS’
Dalam Kalangan Mahasiswa UKM.

Soal selidik ini telah dijawab oleh 10 orang responden. Sebanyak 20% responden terdiri daripada lelaki dan 80% responden terdiri daripada perempuan. Dalam kajian ini, pengkaji tidak melihat aspek jantina untuk dikaji sebaliknya hanya tertumpu kepada pelajar UKM sahaja.

Bagi faktor umur, pengkaji tidak  meletakkan had umur kerana majoriti pelajar UKM  adalah dalam lingkungan umur 19 hingga 25 tahun. Berdasarkan kajian ini, sebanyak 80% responden adalah berumur 22 tahun, 10% responden berumur 21, dan 10% responden berumur 23 tahun.

Berdasarkan soalan di atas, 60%  responden mengatakan bahawa mereka biasa atau pernah berbahasa biadap, kesat, lucah, dan kurang sopan semasa menghantar ‘SMS’. Manakala sebanyak 40% mengatakan tidak pernah berbahasa biadap, kesat,lucah, dan kurang sopan semasa menghantar ‘SMS’.

Berdasarkan soalan di atas, 60% responden yang mengatakan bahawa mereka pernah berbahasa biadap semasa menghantar SMS
mengatakan bahawa ‘SMS’ yang diterima juga  telah dibalas dengan unsur atau kata-kata kesat, kasar, lucah dan kurang sopan. Manakala 40% responden lagi adalah yang tidak pernah berbahasa biadap ketika ‘SMS’ dan semestinya tidak pernah menerima mesej yang mengandungi unsur biadap.

Berdasarkan soalan di atas, pengkaji telah mengemukakan lima sebab yang menyebabkan atau mendorong seseorang itu menggunakan atau berbahasa biadab, kesat, kasar, lucah,dan kurang sopan semasa menghantar SMS iaitu marah, bergurau, kebiasaan, melatah, dan sengaja. Hasil kajian mendapati sebanyak 60%  responden  menyatakan faktor marah yang mendorong mereka berbahasa biadap ketika ‘SMS’. Manakala 40% responden lagi menyatakan faktor bergurau telah menyebabkan mereka berbahasa biadap ketika ‘SMS’.

Berdasarkan soalan di atas, pengkaji ingin mengetahui pendedahan atau faktor yang telah mendorong responden berbahasa biadab, kesat, kasar, lucah dan kurang sopan dalam ‘SMS’. Pengkaji telah mengemukakan lima faktor, antaranya ialah kawan, keluarga, orang lain, umur, dan keadaan persekitaran. Hasil kajian mendapati terdapat responden telah memilih lebih dari satu faktor. Sebanyak 50% responden menyatakan faktor kawan, 20%  menyatakan faktor umur dan 60%  lagi telah menyatakan faktor keadaan persekitaran yang telah mendorong mereka untuk berbahasa biadap dalam ‘SMS’.

Berdasarkan soalan yang telah dikemukakan, pengkaji ingin mengetahui waktu responden sedar yang mereka sering menggunakan bahasa biadab, kesat, kasar, lucah dan kurang sopan semasa menghantar ‘SMS’ . Pengkaji mengemukakan tiga waktu iaitu sejak kecil, pada zaman persekolahan dan semasa di institusi pengajian tinggi.  Hasil kajian mendapati sebanyak 50% responden telah menggunakan bahasa biadap dalam ‘SMS’ sejak zaman persekolahan lagi dan 60% lagi menggunakannya semasa di institut pengajian tinggi.

Merujuk kepada soalan di atas, pengkaji ingin mengetahui bagaimana responden mendapat perkataan, istilah, frasa, atau kata-kata yang berunsur biadab, kesat, kasar, lucah dan kurang sopan semasa menghantar SMS. Pengkaji telah memberi empat pilihan iaitu dari internet, lagu, tayangan filem, dan gurauan dengan rakan sebaya. Pengkaji mendapati responden telah memilih lebih dari satu pilihan. Peratus yang tertinggi ialah sebanyak 70% responden telah menyatakan faktor garauan dengan rakan, 40% responden telah memilih faktor internet dan 30% responden lagi mendapat perkataan yang berunsur biadap dari tayangan filem. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengaruh rakan merupakan faktor dominan responden berbahasa biadap dalam ‘SMS’.

Merujuk soalan di atas, pengkaji ingin mengetahui  bentuk atau paten yang biasa digunakan oleh responden atau yang melambangkan kebiadaban berbahasa dalam ‘SMS’. Berdasarkan tiga pilihan iaitu perkataan, gambar, dan emotikan, sebanyak 80% responden telah memilih menggunakan bentuk perkataan dan mencatat peratusan tertinggi.  Sebanyak 30% responden lagi telah memilih menggunakan emotikon yang melambangkan kebiadaban berbahasa dalam ‘SMS’.

Berdasarkan soalan di atas, pengkaji ingin meneliti faktor umum yang mendorong responden menggunakan perkataan, istilah, frasa yang berunsur biadab, kesat, kasar, lucah dan kurang sopan semasa menghantar sesuatu ‘SMS’. Antara faktor umum yang dikemukakan oleh pengkaji ialah faktor perasaan marah, keakraban, perasaan tersinggung, dan emosi yang tidak terkawal. Terdapat responden telah memilih lebih dari satu faktor. Hasil kajian mendapati bahawa perasaan marah merupakan faktor umum yang utama yang mendorong responden menggunakan perkataan yang biadap semasa menghantar ‘SMS’. Sebanyak 50% responden telah memilih faktor perasaan marah, 40% responden telah memilih faktor keakraban, 30% responden telah memilih faktor emosi yang tidak terkawal dan 10% responden telah memilih faktor perasaan tersinggung.

Berdasarkan kajian ini, secara keseluruhannya pengkaji mendapati kabanyakan mahasiswa tidak terlepas dari berbahasa biadap, kesat, lucah, dan kurang sopan semasa menghantar ‘SMS’. Fonemena ini perlu dibendung kerana boleh menjejaskan keindahan dan martabat  Bahasa Melayu itu sendiri.

Protected: Penilaian WordPress

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: Penilaian Survey Monkey

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: Penilaian AntConc.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: Kesilapan Terjemahan Menggunakan Google Translate

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: Terjemahan Teks Ucapan ‘I Have A Dream’

This content is password protected. To view it please enter your password below:

1.1 Pendahuluan

Kajian ini akan melihat aspek leksikal yang berunsur Islam yang terdapat dalam teks sastera Melayu. Teks yang dipilih ialah ‘Mereka Yang Tertewas. Novel ini pernah memenangi Hadiah Penghargaan Sayembara Hadiah Sastera Berunsur Islam. Bersesuaian dengan pengiktirafannya sebagai sebuah teks yang berunsur Islam,maka kajian ini akan membicarakan konsep leksikal yang  ‘berunsur Islam’ yang terdapat dalam teks tersebut.

 

 

Tajuk

Aspek Leksikal Berunsur Islam Dalam Novel ‘Mereka Yang Tertewas’

Lampiran

Kedatangan pagi. Kabus tetap akan menerjah ke langit. Bertebaran lalu bertembung dengan cahaya matahari pagi menerbitkan cahaya perak yang berkilau-kilauan. Kabus yang terkuak buat menelus cahaya matahari di celah-celah molekul molekulnya menggegarkan kekuatan embun-embun di dada dedaun. Akhirnya ibarat gadis yang kelesuan, embun-embun itu tetap menyerah kalah kepada kekuatan cahaya matahari, lesu, kaku, bisu dan begitulah setiap hari seolah-olahnya itulah qadak dan qadar Tuhan yang mustahil akan berubah sifatnya. Kampung Bukit Setugal tetap berdiri megah sebagai pelindung, penampung dan penyampai segala hasrat suka duka penghuninya. Di atas sejalur tanah yang terbentang dibangunkan pelbagai tanaman dan bangunan tempat membuang keringat dan berehat penghuninya. Tanah sawah, tanah getah, tanah dusun dan tapak rumah yang masing-masing daripada penduduknya memiliki sekangkang kera. Di situ, merdekalah mereka memugar dan menggemburi tanah tersebut dengan sekehendak hati mereka. Bertahun-tahun mereka begitu lalu jajaran pokok-pokok kelapa, getah dan pelbagai pepohonan menabiri pemadangan mata. Sebatang sungai mengalir di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap,membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapah, belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi. Tetap juga ia menerima kehadiran aur-aur di tebingnya. Tetap juga ia menerima manusia-manusia yang mulia, yang berdosa, yang zalim, yang munafik yang Muslim dan yang kafir membuang sisa-sisa badan mereka ke dalam aliran airnya yang ganas itu. Empat puluh tahun sejak dibuka,Kampung Bukit Setugal bagaikan manusia yang telah mencapai usia matang dan dewasanya. Tempoh yang sepanjang itu telah merakamkan kisah suka duka
manusia. Hidup mati, bercinta, berkasih sayang, bertunang-lanang, berlaki dan bercerai-berai, bermenantu, bercucu, malah tempoh itu juga telah menyaksikan ada penduduk Kampung Bukit Setugal yang berbini dua, berbini tiga dan berbini empat. Gelak tawa dan tangis kesedihan, kelazatan dunia dan kesukaran kehidupan adalah anugerah Tuhan yang silih berganti datang dan pergi, begitulah masa dan sejarah Bukit Setugal berlalu tanpa dapat dihentikan. Pada sebuah surau yang dibina di atas nama gotong-royong, berdiri pada mukmin, fasik,munafik, zalim, zindik dan segala manusia yang mengaku dirinya beriman. Di atas nama persaudaraan Islam, lalu berkumpul dan berpisah mereka kemudian berkumpul lagi lalu berpisah lagi. Begitulah seolah-olahnya suatu kemestian setiap Jumaat atau hari-hari kebesaran. Surau itu telah uzur. Sudah ada ura-ura sebuah bangunan bernama masjid yang akan menggantikannya, berperanan dengan peranan yang tidak ada sedikit ubahnya dengan peranan surau tua itu. Surau tua itu sudah uzur! Di situ tidak lagi seramai mana manusia yang datang berkenduri-kendara, merayakan maulidar-Rasul s.a.w. atau merayakan Asyura bagi mengingati kejayaan kap Nabi Nuh a.s. yang berjaya berlabuh di Bukit Judi atau juga merayakan Asyura sekadar mengingati kematian berdarah Syaidina Husain r.a. di bumi Karbala. Sejak akhir-akhir ini kesunyian lebih banyak menemani surau tua itu daripada keriuhan takbir, tahmid dan tasbih ke hadrat Allah. Itulah kehidupan. Itulah juga sunah alam. Zaman senang dan zaman susah,masa libur dan masa kesedihan.Semuanya adalah ujian dan cubaan kepada keimanan yang mengaku dirinya beriman. Tuhan tetap berkuasa. Dia tetap meletakkan manusia pada tarafnya. Tuhan tetap mengasingkan perjuangan manusia  mukmin, fasik, zalim, munafik dan perjuangan manusia kafir dalam menempuh perjalanan hidup mereka.

5.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pengkajian terhadap aspek leksikal yang berunsur Islam dalam karya ‘Mereka Yang Tertewas’  dapat menggambarkan penggunaan bahasa dalam sesuatu teks sastera Islam. Analisis leksikal menunjukkan bahawa unsur bahasa yang berunsur Islam terdiri dari jenis kata nama dan kata adjektif. Dalam hal ini, unsur leksikal yang cenderung digunakan ialah kata nama yang berunsur Islam berbanding kata adjektif. Berdasarkan kajian yang dilakukan, karya ini wajar dianggap karya sastera Melayu yang berunsur Islam.