Category Archives: 4.0 Dapatan Kajian

4.0 Dapatan Kajian

Berdasarkan analisis kajian linguistik yang telah dilaksanakan, antara dapatan kajian yang diperolehi ialah:

1)  Dapat mengenal pasti leksikal berunsur Islam dalam teks ‘Mereka Yang Tertewas’. Antaranya ialah  fasik, zalim, munafik, zindik, kafir, mukmin, mulia, Muslim, surau,  masjid, takbir, tahmid, tasbih, Islam, Jumaat, Allah, tuhan maulidar-Rasul s.a.w. dan Asyura.

2) Mendapatkan data  kekerapan penggunaan leksikal berunsur Islam yang diperoleh menggunakan perisian aplikasi ‘AntCon’ . Antaranya adalah sepeti berikut :

Leksikal berunsur Islam

Kekerapan Penggunaan

Fasik

2

Munafik

2

Zalim

3

Zindik

1

Kafir

1

Mukmin

2

Mulia

1

Muslim

1

Islam

1

Surau

5

Masjid

1

Jumaat

1

Allah

1

Tuhan

4

Maulidur Rasul s.a.w.

1

Asyura

2

Takbir

1

Tahmid

1

Tasbih

1

Secara keseluruhannya, jumlah kata leksikal berunsur Islam yang diperoleh melalui Bab 1 dalam novel ‘Mereka Yang Tertewas’ ialah sebanyak 30 patah kata.

3) Dapat menghuraikan makna leksikal berunsur Islam berdasarkan golongan kata tertentu. Antara golongan kata yang dikenal pasti ialah kata adjektif dan kata nama.

Kata adjektif 

Kata adjektif dalam teks tersebut memberi gambaran tentang sifat manusia yang terbahagi kepada sifat positif dan sifat negatif.  Antara kata adjektif yang mempunyai maksud yang negatif yang terdapat dalam teks ialah fasik, munafik,  zalim, zindik, kafir.

  • Fasik– merujuk kepada golongan yang tidak mempedulikan perintah Allah. Komponen makna bagi fasik ialah [ – patuh], yakni tidak patuh kepada suruhan Allah.
  • Munafik – ialah golongan yang berpura-pura percaya kepada Islam (bermuka dua), dengan komponen makna [ – percaya].
  • Zalim – lebih umum sifatnya kerana kata ini dirujuk kepada golongan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak adil, iaitu [ – adil]. Bagaimanapun kata zalim ini boleh dikategorikan sebagai berunsur Islamkerana sifat ini bertentangan dengan ajaran Islam
  • Zindik – merujuk kepada golongan yang telah terpesong atau orang yang sesat, dengan komponen makna [+sesat]. Dan yang terakhir
  •  Kafir  – dilabelkan kepada golongan yang tidak percaya kepada Allah dan rasul-Nya, yakni ditujukan khusus kepada orang bukan Islam, [ – Islam].

Seterusnya, terdapat juga perkataan yang berlawanan dengan sifat  di atas, iaitu mempunyai maksud yang positif iaitu mukmin dan mulia.

  • Mukmin – merujuk kepada golongan yang percaya kepada Allah, yakni golongan yang beriman.
  • Mulia – bermaksud golongan yang tinggi kedudukannya, dan dalam konteks Islam, golongan ini mempunyai kedudukan yang istimewa di sisiAllah, [ +baik].

Perbandingan di antara sifat positif,misalnya mukmin dan mulia dengan sifat negatif,misalnya,fasik, munafik, zalim dan zindik bertujuan untuk menggambarankan bahawa terdapat pelbagai jenis manusia tinggal di Bukit Setugal. Dan sudah tentu kebanyakkannya adalah jenis yang tidak mematuhi perintahAllah, [ – iman].

Kata Nama

Kata nama dapat dibahagikan kepada dua iaitu kata nama am dan kata nama khas.Kata nama am mempunyai komponen makna [ + tempat]. Terdapat dua kata nama am iaitu yang berunsur Islam iaitu:

  • Surau dan masjid – Penggunaan kedua-dua kata nama tempat ini mudah diinterpretasi kerana merujuk kepada tempat orang Islam berkumpul atau berjemaah untuk melakukan ibadah.

Selain, itu ada juga digunakan kata nama yang khusus merujuk kepada orang yang beragama Islam, iaitu :

  • Muslim – bermaksud mematuhi perintah Allah iaitu seorang Islam yang sejati.
  •  Islam –  hanya merujuk kepada agama atau [ +agama].
  •  Jumaat iaitu hari bersolat secara berjemaah pada waktu Zohor di masjid. 
  •  Allah dan Tuhan –  mempunyai makna yang sama. Buktinya ialah perkataan tuhan ditulis seperti nama khas, iaitu qadak dan qadar Tuhan  dan anugerah Tuhan dengan tujuan untuk menyamakannya dengan Allah.
  • Maulidar-Rasul s.a.w. – mempunyai komponen [ + peristiwa], iaitu peristiwa  ulang tahun hari keputeraan Rasulullah s.a.w., iaitu pada 12 Rabiulawal.
  •  Asyura perayaan mengingati kejayaan Nabi Nuh a.s. berlabuh di Bukit Judi atau perayaan mengingati kematian Sayidina Husain r.a. di Karbala. Tujuan merayakan dan mengingati hari Asyura ini bertujuan untuk memberi  keinsafan kepada manusia, selain dapat pula berkumpul bersama-sama.

Dalam karya ini, pengarang menggunakan peristiwa maulidar-Rasul s.a.w. dan Asyura untuk menjelaskan bahawa kini tidak ramai manusia di Bukit Setugal yang menyambut peristiwa tersebut di surau.

Terdapat juga kategori namaan lain yang berunsur Islam seperti takbir, tahmid, dan tasbih.

  •  Takbir –  bermaksud kalimat “Allah akbar” yang dilafazkan secara berulang-ulang untuk memuliakanAllah.
  • Tahmid – merujuk kepada zikir, iaitu ucapan “alhamdulillah” secara berulang-ulang.
  • Tasbih –  ialah doa puji-pujian kepadaAllah, iaitu dengan lafaz “subhanallah”.

Kesemua perkataan ini tidak dihubungkan dengan lakuan atau perbuatan kerana tiada awalan, misalnya beR- dan berkongsi komponen makna [ + zikir]. Dalam erti kata lain, tiada watak tertentu yang melakukan proses zikir tersebut. . Sesungguhnya penggunaan pelbagai nama khas ini dapat menyerlahkan lagi mesej berunsur Islam dalam teks ini.